Tutup

Berita  | Dunia

Pentagon tidak setuju ancaman Trump untuk serang tapak kebudayaan Iran

Pentagon tidak setuju ancaman Trump untuk serang tapak kebudayaan Iran
Trump pada 5 Januari lalu mengancam Tehran menerusi Twitternya. - Reuters
WASHINGTON: Ancaman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump terhadap Iran jika negara itu membalas dendam atas kematian komander tertinggi Iran, Qasem Soleimani pada Jumaat lalu, tidak selari dengan keputusan Pentagon.

Jabatan Pertahanan AS sama sekali tidak bersetuju dengan Trump, yang menerusi akaun Twitternya membuat ancaman serangan ke atas tapak kebudayaan Iran.
Setiausaha Pertahanannya Mark Esper berkata, tentera negara itu tidak mempunyai rancangan untuk mengebom tapak kebudayaan Iran seperti mana yang dikatakan oleh Trump.

Keputusan itu selaras dengan undang-undang konflik bersenjata AS yang melarang serangan di tapak kebudayaan, sebaliknya akan mengikut undang-undang konflik bersenjata.
Trump pada 5 Januari lalu mengancam Tehran menerusi Twitternya:

"Ratusan penunjuk perasaan Iran. Kedutaan kita juga diserang. Iran sememangnya masalah kepada kita sekian lama. Anggaplah ini amaran, jika Iran menyerang sebarang warga Amerika, atau aset Amerika.

"Kami sudah menyasarkan 52 tapak milik Iran (mewakili 52 tawanan yang ditahan Iran sebelum ini). Sesetengah sasaran itu adalah tapak yang sangat penting bagi Iran dan kebudayaannnya. (Semua itu) akan dibedil dengan amat pantas dan keras!"

Iran dikatakan sedang merancang serangan balas ke atas Amerika Syarikat.

Ketegangan antara dua negara itu memuncak selepas serangan udara di Lapangan Terbang Baghdad menggunakan Dron Tentera AS mengorbankan Soleimani.


Tag: Donald Trump, AS, Iran, Baghdad, Amerika Syarikat, Serangan, Balas Dendam, Undang Undang, Serangan Udara, Ketegangan, Konflik



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.