awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penularan COVID-19 di Beijing kini terkawal

Agensi
Agensi
24/06/2020
12:09 MYT
Penularan COVID-19 di Beijing kini terkawal
Pelbagai langkah dilakukan termasuk melakukan ujian saringan beramai-ramai bagi mengenal pasti kontak rapat yang disahakn positif COVID-19. Foto: Reuters
Majlis Perbandaran Beijing memaklumkan penularan jangkitan COVID-19 di Pasar Borong Xinfandi kini dalam keadaan terkawal.
Pengarah Pejabat Penerangan Perbandaran Beijing, Xu Hejian dalam satu sidang media memuji usaha rakyat tempatan dalam menangani penularan kluster tersebut.
Katanya, Jawatankuasa Majlis Perbandaran amat menitikberatkan usaha semua pihak dalam menangani kes seumpamanya bagi mengekang penularan kes baharu.
Sebelum ini, pelbagai langkah dilakukan termasuk melakukan ujian saringan beramai-ramai bagi mengenal pasti kontak rapat yang disahkan positif COVID-19 dan kerja-kerja pembersihan yang dilakukan.
Pada masa sama, pihak berkuasa republik itu terus memberi amaran terhadap cabaran yang masih mereka hadapi bagi mengekang penularan wabak itu di tanah besar China.
BACA: Proses saringan COVID-19 di Beijing diteruskan
Jelas Xu, walaupun terdapat penurunan kes, tetapi berikutan kluster baharu itu sudah merebak ke komuniti tempatan, ia masih meletakkan Beijing dalam keadaan berjaga-jaga.
Setakat Rabu, 12 kes positif COVID-19 baharu direkodkan di China dengan Beijing merekodkan tujuh kes.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu sebanyak 83,430 kes dengan 4,634 kematian.
Topic Berkaitan
#Beijing
#COVID-19
#kluster pasar borong
#pasar borong Xinfandi
#saringan kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan