Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki rakyat asing yang menyeludup 10 ekor ular di dalam seluarnya sebelum dia sempat menaiki pesawat itu ke Jeddah, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di sini, semalam.
Media-media tempatan hari ini memetik Naib Presiden Komunikasi Korporat Garuda Indonesia Benny Sigar Butarbutar sebagai berkata penumpang itu, yang dikenali sebagai Koufiah Jihad Zaki, ditahan susulan menjalani pemeriksaan imbasan sinar-X sebelum menaiki pesawat.
Semasa membuat pemeriksaan sinar-X, pegawai penguat kuasa terkejut kerana mendapati beberapa ekor ular disembunyikan di dalam seluar dan sarung kaki lelaki itu.
"Dia menggunakan cara melilitkan ular-ular yang ingin dibawanya ke Jeddah di kedua-dua kakinya... dia membawa 10 ekor anak ular jenis phyton," katanya.
Menurutnya siasatan mendapati Koufiah cuba menyeludup ular hidup dari Indonesia bagi tujuan perniagaan di Arab Saudi.
Kerakyatan Koufiah bagaimanapun tidak didedahkan dan dia telah ditahan polis bagi membantu siasatan.
Benny berkata Koufiah melakukan kesalahan serius kerana membahayakan penerbangan dan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, penumpang dilarang membawa sebarang haiwan dalam kabin pesawat.
Bernama
Mon Jul 18 2016
Semasa membuat pemeriksaan sinar-X, pegawai penguat kuasa di lapangan terbang itu terkejut kerana mendapati beberapa ekor ular disembunyikan di dalam seluar. - Foto AFP
KBS akan tambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands
Kementerian Belia dan Sukan berhasrat untuk menambah baik infrastruktur sukan di Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada atlet di kawasan itu sehingga ke peringkat akar umbi.
Bekerja sambil lewa mengkhianati amanah - Mufti P. Pinang
Jika seseorang pegawai atau pekerja tidak bersungguh-sungguh menunaikan pekerjaannya atau bekerja sekadar "melepaskan batuk di tangga" sahaja maka dia dikira mengkhianati amanah.
Faisal Halim semakin stabil
Faisal selesai jalani pembedahan kedua yang berlangsung selama tiga jam petang semalam.
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Enjin pesawat Lion Air terbakar sejurus berlepas
Pesawat membawa 169 penumpang dan enam anak kapal terpaksa berpatah balik 32 minit kemudian dan berjaya mendarat dengan selamat.
Cebisan mayat ditemukan di lokasi pesawat Sriwijaya Air terhempas
Pasukan Tindakan Kecemasan dilaporkan berjaya menemui mayat semasa melakukan operasi mencari dan menyelamat di lokasi Pesawat Sriwijaya Air terhempas.
Jenis pesawat nahas Ethiopian Airlines sama dengan pesawat Lion Air yang terhempas
Pesawat Ethiopian Airlines yang terlibat dalam nahas hari ini adalah dari model sama dengan pesawat Lion Air JT-610 milik Indonesia yang terhempas pada Oktober lalu -- iaitu Boeing 737 Max 8.
Penumpang Garuda Airlines ditahan bawa 10 ekor ular di dalam seluar
Pihak berkuasa Indonesia menahan seorang lelaki rakyat asing yang menyeludup 10 ekor ular di dalam seluarnya sebelum dia sempat menaiki pesawat itu ke Jeddah, Arab Saudi.