awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB rugi hampir RM30 juta akibat aktiviti bitcoin di Melaka
Anjung Syawal Putrajaya sokong TMM2026, pamer keunikan sambutan Ramadan di Malaysia
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap Kanada maut terjatuh dari pesawat ketika rakam video muzik

Agensi
Agensi
24/10/2018
10:24 MYT
Penyanyi rap Kanada maut terjatuh dari pesawat ketika rakam video muzik
Jon James McMurray maut apabila terjatuh dari pesawat ringan ketika penggambaran video muziknya. - Instagram @jonjames
Seorang penyanyi rap Kanada maut akibat terjatuh dari pesawat sewaktu melakukan penggambaran muzik videonya yang terbaharu.
Jon James McMurray, 34, dilaporkan terjatuh ketika melakukan aksi untuk muzik videonya di sayap pesawat yang sedang meluncur di udara.
McMurray sedang membuat penggambaran di British Columbia pada Sabtu lalu, dengan berjalan di atas salah satu sisi sayap pesawat Cessna itu.
Meskipun sudah berlatih banyak kali untuk aksi lagak ngeri berkenaan, pesawat itu bagaimanapun telah jatuh menjunam dan berputar-putar di udara.
Juruterbang Cessna itu pula tidak dapat menstabilkan semula penerbangan itu.
Meskipun, McMurray memakai beg payung terjun sewaktu kejadian, namun dia tidak sempat membukanya.
View this post on Instagram
Any day spent with @BushyWayne is bound to be lit af
Menurut teman baiknya, Rory Wayne Bushfield, McMurray sedar akan risiko yang akan dihadapinya.
Tambah Bushfield, kemalangan itu merupakan satu tragedi kepada McMurray yang terkorban akibat tulang belakangnya patah.
Namun, lebih mengejutkan, Bushfield tetap memandang perkara itu sebagai sesuatu yang positif kerana McMurray cuba untuk 'melakukan sesuatu yang menakjubkan'.
“Tujuannya adalah untuk menghasilkan muzik video serta melakukan lagak ngeri, dan pada masa yang sama mahu membawa sesuatu yang baharu dalam industri,” kata salah seorang kru muzik video tersebut.
Begitupun, berita yang mengejutkan industri hiburan Kanada itu turut menerima maklum balas orang ramai yang marah dengan tindakan pengurusan artis tersebut, yang disifatkan cuai dalam aspek keselamatan serta sengaja mencari risiko.
Jon James McMurrays management team are terrible managers for allowing their artist to endanger himself like that. Risk management basics... #NewMusicIndustry https://t.co/37lXJpcg6c
— JAKE NOLEN (@jakenolen) October 23, 2018
McMurray merupakan seorang bekas pemain ski profesional dan mempunyai pengalaman dalam melakukan aksi lagak ngeri.
Tiga minggu sebelum kematiannya, dia telah memuat naik gambar dua pesawat ringan yang akan digunakan untuk penggambaran muzik videonya itu di akaun media sosialnya.
Topic Berkaitan
#aksi lagak ngeri
#jon james mcmurray
#penyanyi rap kanada
#pesawat cessna
#video muzik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan