awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan di tiga negeri bermula 5 Jan
Will Smith dituduh lakukan amang seksual terhadap pemain biola lelaki
Lelaki patah tangan, kaki kereta hilang kawalan rempuh bas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyanyi rap Kanye West rebut jawatan Presiden Amerika?

Agensi
Agensi
05/07/2020
04:09 MYT
Penyanyi rap Kanye West rebut jawatan Presiden Amerika?
West pernah beberapa kali bercakap tentang mahu mencalonkan dirinya sebagai presiden sebelum ini. - REUTERS/Mario Anzuoni
Penyanyi rap terkenal dari Amerika Syarikat (AS) , Kanye West mengumumkan hasratnya untuk menawarkan diri sebagai calon Presiden, 122 hari sebelum pilihan raya negara itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 November depan.
"Kita harus merealisasikan janji Amerika Syarikat dengan mempercayai Tuhan, menyatukan visi dan membangun masa depan kita.
"Saya mencalonkan diri sebagai presiden Amerika Syarikat!" tulis West, 43, di Twitter.
Dia menamatkan ciapan itu dengan tanda pagar #2020VISION.
Berita itu bagaimanapun menerima reaksi sinis ramai, termasuk isterinya, Kim Kardashian West, yang hanya memuat naik emoji bendera Amerika di ruangan komen.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk, pula meninggalkan komen berbunyi, "Saya memberikan sokongan penuh kepada anda!"
West pernah beberapa kali bercakap tentang hasratnya mahu mencalonkan dirinya sebagai presiden sebelum ini.
"Apabila saya mencalonkan diri sebagai presiden pada 2024 nanti, kita akan mencipta begitu banyak peluang pekerjaan," kata pemilik jenama kasut Yeezy itu sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Kanye West
#Kim Kardashian
#pilihan raya
#pilihan raya presiden
#presiden
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan