awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia minta penjelasan Meta isu kebocoran data Instagram
Jepun gesa X ambil tindakan terhadap imej seksual hasilan AI
Ringgit ditutup rendah susulan pengukuhan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perakam suara kokpit Lion Air JT610 akhirnya dijumpai

Najib Aroff
Najib Aroff
14/01/2019
04:00 MYT
Perakam suara kokpit Lion Air JT610 akhirnya dijumpai
Pihak berkuasa Indonesia melakukan usaha mencari dan menyelamat yang menemui sisa pesawat di kawasan seluas 150 batu nautika. - Foto Reuters
Pihak berkuasa Indonesia akhirnya berjaya menjumpai perakam suara kokpit (CVR) pesawat malang Lion Air JT610 yang terhempas dua bulan lalu.
Menurut Pegawai Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia Haryo Satmiko, kedudukan sebenar perakam suara milik pesawat Boeing 737 MAX itu bagaimanapun belum ditentukan.
Penemuan ini merupakan titik penting dalam merungkai misteri tragedi itu kerana unit CVR ini dapat memperdengarkan perbualan juruterbang di dalam kokpit ketika insiden berlaku.
Kotak hitam pertama yang mengandungi data sistem pesawat (FDR) dijumpai pada 1 November 2018.
Pesawat yang sepatutnya mengambil masa satu jam perjalanan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, terhempas 13 minit selepas berlepas pada 29 Oktober 2018, mengorbankan kesemua 189 penumpang dan anak kapal.
Ia menjadikan tragedi penerbangan paling buruk Lion Air dalam tempoh 18 tahun.
Pihak berkuasa Indonesia melakukan usaha mencari dan menyelamat yang menemui sisa pesawat di kawasan seluas 150 batu nautika.
Topic Berkaitan
#Black box lion air
#Boeing
#Indonesia
#Lion Air
#Lion Air 610
#Lion Air crash
#Lion Air terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan