awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perakam suara pesawat EgyptAir ditemui

AFP
AFP
16/06/2016
14:01 MYT
Perakam suara pesawat EgyptAir ditemui
Antara serpihan pesawat EgyptAir yang ditemui pasukan mencari. - AFP PHOTO / Egyptian Military / HO
Pasukan pencari Nahas EgyptAir telah menemui kotak hitam perakam suara pesawat malang terbabit yang terhempas di lautan Mediterranean, kata pihak berkuasa penerbangan Mesir.
Perakam terbabit ditemui dalam keadaan berkecai namun pakar telah berjaya menemui cip memori yang penting, menurut satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Para pegawai berkata mereka sedang membuat persediaan untuk memindahkan kotak hitam perakam suara itu dari Mediterranean ke Mesir untuk dianalisa, menurut satu kenyataan Khamis.
Perakam suara kokpit merakam perbualan dan bunyi lain dalam kabin juruterbang.
Penemuan itu dibuat beberapa jam selepas robot menemui bahagian utama pesawat itu di dasar Laut Mediterranean.
"Gambar-gambar pertama bangkai pesawat itu tidak memberi apa-apa senario kemalangan itu.
"Hanya kotak hitam boleh menyumbang kepada pemahaman penuh mengenai peristiwa yang membawa kepada kemalangan tragik ini, " kata satu kenyataan oleh pengeluar pesawat Airbus.
BACA: Rangkuman nahas pesawat EgyptAir
Para penyiasat berkata adalah terlalu awal untuk menentukan apa yang menyebabkan penerbangan MS804 dari Paris ke Kaherah itu terhempas.
Pencarian oleh kapal John Lethbridge, dilengkapi dengan robot bawah air, tiba di Mesir minggu lepas untuk mula mencari kawasan sekitar 290 kilometer (180 batu) utara pantai Mesir.
Pesawat EgyptAir membawa 56 penumpang, tujuh anak kapal dan tiga pengawal keselamatan hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Paris ke Kaherah pada 19 Mei lalu.
Topic Berkaitan
#EgyptAir
#hilang
#mediterranean
#Mesir
#MS804
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan