Perdana Menteri Lubnan mengumumkan peletakan jawatan susulan dua letupan dahsyat yang menghancurkan sebahagian besar bandar raya Beirut minggu lalu.

Peletakan jawatan Hassan Diab itu berlaku ketika orang awam berang dengan bencana yang didakwa akibat salah pengurusan dan perbuatan rasuah.

Dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen, Hassan menyatakan beliau mengundur diri agar dapat bersama rakyat dan berjuang untuk perubahan bersama mereka.

Turut sama meletak jawatan lebih awal adalah barisan Kabinet beliau.

Beliau yang menganggap letupan itu sebagai 'malapetaka' juga berkata, dia sudah hilang harapan dengan kerajaan.

Justeru, beliau faham mengenai keperluan untuk berlaku perubahan daripada 'pemerintahan rasuah dan berniat jahat, broker dan rombakan bagi menjadikan Lubnan sebagai sebuah negara yang mempunyai keadilan, keadilan dan ketelusan'.