PERDANA Menteri Perancis, Edouard Philippe dan kerajaan pimpinannya mengemukakan surat peletakan jawatan pada Jumaat.

Walaupun Philippe dilaporkan lebih popular daripada Presiden Perancis, Emmanuel Macron, namun pihak Macron menerima keputusan yang tidak memuaskan pada pilihan raya pada minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Istana Elysee memaklumkan, tiada sebab diberikan namun peletakan jawatannya itu diterima oleh Presiden.

Menurut kenyataan Pejabat Presiden pula, kerajaan akan terus mengendalikan urusan harian kerajaan sehingga kerajaan baharu dilantik.

Rombakan Kabinet sudah lama dijangka selepas Macron berikrar menyelaras langkah baharu sebelum penggalnya yang berbaki dua tahun lagi tamat.