Tutup

Berita  | Dunia

Perjanjian dagangan pasifik bermula hari ini, Malaysia belum sertai

Perjanjian dagangan pasifik bermula hari ini, Malaysia belum sertai
CPTPP berpotensi menyediakan penjimatan sekitar AS$105 juta dalam penghapusan tarif bagi negara terlibat. - REUTERS/Fail
KUALA LUMPUR: Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dikuatkuasakan pada Ahad melibatkan enam daripada 11 negara keseluruhannya.

Pelaksanaan itu melibatkan Australia, New Zealand, Kanada, Jepun, Mexico dan Singapura serta akan diikuti Vietnam pada 14 Januari nanti, kata Jabatan Hal Ehwal Luar dan Dagangan Australia.

Malaysia bersama tiga negara lain - Chile, Brunei dan Peru - akan melaksanakan CPTPP 60 hari selepas ia diratifikasi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking pada November berkata, Malaysia tidak menetapkan tarikh khusus untuk ratifikasi CPTPP selagi kerajaan belum pasti tentang manfaatnya terhadap negara.
Darell juga berkata kerajaan perlu mempertimbangkan dapatan kajian impak CPTPP terhadap ekonomi Malaysia termasuk sektor tertentu yang ingin dilindungi negara.

BACA: Malaysia antara negara tandatangani CPTPP, penjenamaan semula TPPA
BACA: CPTPP: Malaysia masih belum pasti 

Beliau turut mengeaskan Malaysia juga sudah mempunyai banyak Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) bersama negara lain termasuk kebanyakan negara yang berada di dalam CPTPP.

CPTPP yang dikenali sebagai TPP sebelum ini diubah kepada hanya melibatkan 11 negara selepas Amerika Syarikat, yang menyaksikan pertukaran presiden, menarik diri dari perjanjian perdagangan itu.

BACA: Malaysia tidak terkejut pengumuman Trump keluar TPPA 

CPTPP berpotensi menyediakan penjimatan sekitar AS$105 juta dalam penghapusan tarif bagi negara terlibat.