awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perogol diarak tanpa seurat benang, ditampar penduduk wanita geram

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2018
01:08 MYT
Perogol diarak tanpa seurat benang, ditampar penduduk wanita geram
Difahamkan, penduduk kampung di negeri Arunachal Pradesh telah menggunakan 'hukuman' seperti itu ke atas perogol sebelum ini. - Foto Daily Mail
Dua lelaki yang didakwa memperkosa remaja berusia 17 tahun diarak dalam keadaan berbogel dengan kedua tangan mereka terikat di belakang selain turut ditampar oleh penduduk wanita.
Mereka dipaksa berjalan di sepanjang jalan Yingkiong di timur laut India tanpa seurat benang sebelum diserahkan kepada polis.
"Orang awam yang berang dengan kedua-dua lelaki tersebut bertindak 'menghukum' mereka," kata Timbalan Inspektor Jeneral, John Neihlaia.
Menurutnya, mangsa bersetuju untuk keluar bersama salah seorang suspek selepas mengenalinya di media sosial.
"Dia dirogol oleh lelaki tersebut bersama tiga rakannya. Mangsa kemudiannya dihantar pulang pada jam 2 pagi (waktu tempatan) dan dia melaporkan perkara itu kepada polis pada keesokan harinya.
"Ahli keluarga dan jiran remaja perempuan itu bagaimanapun bertindak awal menangkap kedua-dua lelaki terbabit. Kami masih memburu dua lagi suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an," ujarnya.
Difahamkan, penduduk kampung di negeri Arunachal Pradesh telah menggunakan 'hukuman' seperti itu ke atas perogol sebelum ini.
Bulan lalu, seorang lelaki yang memperkosa budak perempuan berumur lapan tahun turut diarak di sepanjang bandar Daporijo. - Sumber Daily Mail
Topic Berkaitan
#bogel
#India
#lelaki
#mangsa
#media sosial
#polis
#remaja
#rogol
#suspek
#telanjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan