awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Kepulauan Virgin AS saman Meta, dakwa syarikat untung atas iklan penipuan
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan fasiliti di Arafah dan Mina pada tahap 40 peratus

Bernama
Bernama
25/07/2019
07:15 MYT
Persiapan fasiliti di Arafah dan Mina pada tahap 40 peratus
Kerja-kerja penyediaan fasilti itu dilihat berjalan mengikut jadual dan akan disiapkan menjelang ibadah Wukuf dijangka pada 10 Ogos ini. - Gambar fail/Reuters
Persiapan fasiliti di Arafah dan Mina, bagi jemaah haji mengerjakan ibadah Wukuf, kini pada tahap 40 peratus, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Beliau berkata kerja-kerja penyediaan fasilti itu dilihat berjalan mengikut jadual dan akan disiapkan menjelang ibadah Wukuf dijangka pada 10 Ogos ini.
"Penjadualan persiapan fasiltinya seperti (pemasangan) khemah kami tinjau pada 100 peratus siap, pemasangan kabel pada 70 peratus dan bilik air pada 5 peratus tetapi keseluruhannya perkhemahan di Arafah dan Mina dalam 40 peratus (siap)," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke atas persiapan fasiliti di Arafah dan Mina di sini.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Lembaga Tabung Haji (TH).
Syed Saleh berkata TH akan mula menggerakkan jemaah haji Malaysia ke Arafah sekitar awal pagi 9 Ogos bagi mengelakkan kesesakan pada hari tersebut kerana pada hari tersebut iaitu haji Jumaat jemaah haji seluruh dunia akan tertumpu di Masjidil Haram di sini.
"Pihak muassasah sedang berbincang dengan pihak pejabat gabenor Makkah dan pihak polis untuk lihat bagaimana pergerakan paling sesuai untuk jemaah haji. Apa yang kami fahamkan di sini lalu lintas dan jalan di sini akan ditutup pada hari Jumaat lebih awal iaitu 10 pagi.
"Jadi tiada lagi kenderaan bergerak di kawasan Masjidil Haram. Kami akan cuba gerakkan jemaah haji lebih awal juga bersesuaian dengan cuaca panas. Kami akan buat tiga trip (ke Arafah) bagi setiap maktab," katanya.
Beliau berkata beberapa penambahbaikan kini sedang dilakukan untuk jemaah haji Malaysia tahun ini antaranya penyaman udara di Arafah, ambulans di tempat melontar jamrah dan lima stesen menunggu buat petugas TH bagi membantu jemaah haji yang melontar jamrah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arafah
#Haji
#jemaah haji
#jemaah malaysia
#Mina
#Tabung Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan