Putera George
Putera George dilihat mengusap rambut ibunya, Catherine dalam sesi Play Date di Wellington, New Zealand - Foto AFP

Anak Putera William dan Kate Middleton, Putera George dilihat sangat ceria ketika keluarga pewaris takhta Britain itu hadir di sesi permainan bersama bayi-bayi yang lain di Wellington New Zealand.

Sesi itu adalah salah satu acara yang telah dijadualkan dalam lawatan Putera George ke sana.

George, lapan bulan, pertama kali dibawa melancong ke New Zealand dan dibawa bermain bersama 10 bayi seusia dengannya.

Pertemuan itu diadakan di Rumah Kerajaan, Wellington's Government House anjuran bersama agensi kebajikan kanak-kanak, Plunket.

George yang lahir pada 22 Julai 2013, kelihatan sangat selesa dan gembira dibawa bertemu kawan-kawannya yang lain, sambil didukung ibunya, Kate.

Presiden Plunket, Tristine Clark berkata, bayi-bayi yang hadir kebanyakannya sebaya dengan George dan juga merupakan bayi pertama kepada pasangan ibu bapa yang hadir, sama seperti pasangan William dan Kate.

Tristine turut memaklumkan bahawa pasangan ibu bapa yang terpilih mewakili pelbagai etnik dan kaum di New Zealand.

“Ibu bapa yang terpilih adalah terdiri dari pelbagai komuniti di New Zealand termasuk, bangsa Maori, Samoa, Cina dan sebagainya” katanya kepada AFP.

Untuk melihat lebih galeri foto percutian "Si Montel" George di New Zealand, klik di sini.