awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai penuhi jalan Saint-Tropez untuk pengebumian Brigitte Bardot
EPL: Chelsea tewas lagi
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesakit mental bunuh tiga orang dengan penyepit makanan di hospital China

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
06/04/2017
13:08 MYT
Pesakit mental bunuh tiga orang dengan penyepit makanan di hospital China
Seorang pesakit mental di hospital China tikam empat pesakit wanita dengan penyepit makanan - tiga daripada mereka terbunuh.
Seorang pesakit mental di hospital China menikam empat pesakit wanita dengan penyepit makanan, dan menyebabkan tiga daripada mereka terbunuh, lapor media China.
Walaupun insiden itu dilapor berlaku pada 24 Februari di Hospital Luoning Dazhong di wilayah Henan, namun kisah tersebut tiba-tiba menular dan menjadi bualan hangat di media sosial sekarang ini.
Menurut laporan portal China Daily, penyerang yang dikenali sebagai Yang Shitou, dikatakan diikat dengan tali pada katil bersama-sama dengan pesakit lain yang menghidapi masalah gangguan mental.
Sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial menunjukkan Yang yang dikatakan penghidap skizofrenia membebaskan diri daripada katil dan kamarnya pada kira-kira 8 malam sebelum mengambil penyepit dari meja kopi di wad.
Dia kemudian berjalan ke bilik pesakit yang lain.
Kira-kira dua minit kemudian, dia masuk semula ke dalam biliknya dan menikam dua wanita secara berturut-turut.
Dua kakitangan perubatan kemudian berlari masuk dan cuba mengawal Yang.
Salah seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di hospital akibat kecederaan teruk yang mereka alami
Semua mangsa mengalami kecederaan otak dan Yang telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan.
Kerajaan daerah Luoning mengeluarkan satu kenyataan pada Selasa (4 April) mengatakan bahawa hospital berkenaan juga ditutup untuk siasatan.
Topic Berkaitan
#China
#mental
#pesakit
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan