SEBUAH pesawat Air India Express yang membawa 191 penumpang dan anak kapal dilaporkan tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode, di Kerala, India, sebentar tadi.

Menurut laporan NDTV, imej di lokasi menunjukkan pesawat dari Dubai itu telah terbelah dua, dengan serpihannya bertaburan di atas landasan.

Memetik laporan CNN pula, setakat ini tiga individu dilaporkan terkorban, melibatkan seorang juruterbang dan dua orang penumpang.

Terdapat juga laporan penumpang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat di kawasan tersebut sekitar jam 7:40 malam waktu tempatan.