Lebih 20 penumpang cedera apabila sebuah pesawat Airbus A320 milik Asiana Airlines membuat pendaratan cemas di sebuah landasan di barat Jepun pada malam Selasa.

Pesawat penerbangan OZ162 Korea Selatan itu, yang berlepas dari Lapangan Terbang Incheon, cuba melakukan pendaratan di Hiroshima ketika kejadian.

" 23 penumpang cedera, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa," kata seorang pegawai bomba.

"Setakat ini kami dapat tahu kecederaan yang alami tidak serius."

Semua penumpang dan lapan kru berjaya keluar dari pesawat melalui pintu kecemasan, lapor media tempatan.