awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar pesan Ahli Parlimen kerajaan bahas dengan baik - Fahmi
Enam maut dalam kebakaran pusat beli-belah Karachi
Ahli politik Jerman gesa tentera AS keluar susulan kenyataan Trump mengenai tarif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat era perang dunia kedua terhempas, 7 terkorban

Agensi
Agensi
02/10/2019
23:41 MYT
Pesawat era perang dunia kedua terhempas, 7 terkorban
Dilaporkan tujuh terbunuh dan rentung dalam kebakaran manakala enam lagi terselamat namun mengalami kecederaan kritikal dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Sekurang-kurangnya tujuh terkorban apabila sebuah pesawat era perang dunia kedua dinaiki mereka terhempas sejurus berlepas pada Rabu.
Pesawat B-17 yang membawa 13 penumpang dan anak kapal itu dilapor mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley, Connecticut.
Enjin keempat pesawat itu gagal berfungsi ketika di udara menyebabkan juruterbang membuat pusingan untuk mendarat.
Tujuh mangsa yang terkorban rentung dalam kebakaran manakala enam yang lain terselamat namun mengalami kecederaan kritikal dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Menurut laporan portal 9news, juruterbang memaklumkan pesawat mengalami masalah kekal pada ketinggian ditetapkan beberapa minit selepas berlepas.
Enjin keempat pesawat itu mengalami kesukaran untuk berfungsi ketika di udara menyebabkan juruterbang pesawat itu membuat pusingan untuk mendarat.
Enjin keempat pesawat itu mengalami kesukaran untuk berfungsi ketika di udara menyebabkan juruterbang pesawat itu membuat pusingan untuk mendarat.
Pesawat malang itu kemudian membuat pusingan namun juruterbang dipercayai hilang kawalan ketika cubaan mendarat.
Seorang kakitangan landasan dilaporkan cedera.
Lapangan terbang itu ditutup namun dibuka semula empat jam kemudian.
#BREAKING: A B-17 plane has crashed at Bradley International Airport,Connecticut. https://t.co/i5evqUAPkZ pic.twitter.com/Zxo7yIyqsR
— News This Second (@NewsThisSecond) October 2, 2019
Model pesawat B-17 yang banyak digunakan ketika perang dunia ke-2.
Model pesawat B-17 yang banyak digunakan ketika perang dunia ke-2.
Sputniknews melaporkan lapangan terbang tersebut sedang menganjurkan pertunjukan pesawat era perang dunia kedua bagi menghargai jasa veteran perang.
Selain B-17, pesawat lain yang bakal membuat persembahan termasuk P-40 Warhawk, a B-25 Liberator, a B-25 bomber, a P-51 Mustang.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#B-17
#Collings Foundation
#kebakaran
#pesawat
#Wings of Freedom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan