awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat lewat berlepas 11 jam, rupanya juruterbang hilang pasport

Agensi
Agensi
18/09/2019
02:11 MYT
Pesawat lewat berlepas 11 jam, rupanya juruterbang hilang pasport
Kecuaian juruterbang yang kehilangan pasport telah menyebabkan sekumpulan penumpang terpaksa menangguhkan perjalanan mereka selama 11 jam. -Gambar hiasan
Kerap kali kita dengar isu kelewatan penerbangan disebabkan oleh masalah teknikal melibatkan pesawat.
Namun berbeza pula dalam kes ini apabila kecuaian juruterbang yang kehilangan pasport telah menyebabkan sekumpulan penumpang terpaksa menangguhkan perjalanan mereka selama 11 jam.
Penerbangan dari Vietnam ke Korea Selatan pada Sabtu lalu yang sepatutnya berlepas pada jam 10.35 waktu tempatan pada Jumaat terpaksa ditangguhkan hingga 9.40 pagi keesokan harinya, lapor Korea Times.
Seorang pegawai syarikat penerbangan memberitahu The Times Korea bahawa penerbangan itu ditangguhkan kerana juruterbang bertugas kehilangan pasport menyebabkan aksesnya ke lapangan terbang di bandar Ho Chi Minh terhad.
Penumpang terpaksa menunggu kerana syarikat penerbangan itu cuba mendapatkan pasport gantian untuk juruterbang berkenaan.
Katanya, insiden itu masih dalam siasatan dan juruterbang berkenaan dilapor bakal dikenakan tindakan.
"Kami sedang mengkaji tindakan disiplin untuk juruterbang. Kami juga sedang berunding dengan penumpang.
“Syarikat penerbangan kami telah menempatkan penumpang di bilik hotel dan memberi mereka sarapan pagi ketika berlakunya kelewatan,” katanya.
Sepertimana penumpang, juruterbang juga perlu melalui pemeriksaan keselamatan sebelum terbang dan perlu menunjukkan dokumen seperti pasport.
Topic Berkaitan
#hilang pasport
#Korea Selatan
#penerbangan
#pesawat tertangguh
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan