Pesawat Lion Air JT 610 yang membawa 189 penumpang dan anak kapal yang terhempas pada Isnin di utara pulau Jawa di Indonesia layak untuk diterbangkan, menurut Lion Air.

Kapal terbang jenis Boeing 737 MAX 8 itu telah beroperasi dengan syarikat itu sejak Ogos lalu, katanya.

Penerbangan itu dipercayai telah tenggelam selepas terhempas di Laut Jawa sejurus selepas berlepas dari Jakarta, dalam perjalanan ke Pangkalpinang, bandar yang dikenali sebagai pusat pelombongan bijih timah.

Sementara itu, kedua-dua juruterbang dan pembantu juruterbang mempunyai pengalaman mengendalikan penerbangan lebih 11,000 jam, kata Lion Air dalam satu kenyataan.

Boeing menerusi jurucakapnya mengakui pihaknya sedar mengenai laporan kemalangan pesawat itu dan sedang "memantau keadaan dengan teliti."