announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Pesawat Lionair bawa pasukan perubatan terbakar dan meletup di Filipina, 8 maut

Pesawat Lionair bawa pasukan perubatan terbakar dan meletup di Filipina, 8 maut
Anggota keselamatan memberitahu, tiada penumpang yang terselamat dalam nahas berkenaan. - Reuters
MANILA: Sebuah pesawat Lionair terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) pada jam 8 malam Ahad waktu tempatan, sekali gus mengorbankan semua lapan orang di dalamnya, lapor media Filipina.

Lionair, merupakan syarikat penerbangan yang berpangkalan di Filipina, dan berbeza dengan syarikat Lion Air, iaitu syarikat penerbangan tambang rendah dari Indonesia.

Pesawat RPC 5880 itu membawa lapan penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan teman pesakit warga Amerika.

Difahamkan menurut laporan awal, pesawat yang mahu berlepas ke Jepun itu digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina, dan sebagai aset penting dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan negara itu kemudian mengeluarkan kenyataan yang antara lain menafikan pesawat itu digunakan untuk membawa bekalan perubatan ke lokasi penularan wabak COVID-19 di Filipina.


“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” ujar satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).

Twitter: Richard J Gordon

Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.02 malam waktu tempatan.

Senator Richard Gordon, yang merupakan Pengerusi Palang Merah Filipina mengesahkan kejadian tersebut menerusi akaun Twitternya:





Tag: kapal terbang terbakar, kapal terbang meletup, lion air, filipina, covid-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.