awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aaron-Wooi Yik gagal ke final Terbuka India
Trump bertanggungjawab atas kematian rakyat Iran semasa rusuhan - Ali Khamenei
Pearly-Thinaah terkandas di separuh akhir Terbuka India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat Pakistan International Airlines terhempas di bandar Karachi

Agensi
Agensi
22/05/2020
12:54 MYT
Pesawat Pakistan International Airlines terhempas di bandar Karachi
Keadaan lokasi nahas yang turut menjejaskan kawasan perumahan bandar berdekatan lapangan terbang di Karachi. - Reuters
Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Pakistan International Airlines terhempas berhampiran bandar pelabuhan selatan Karachi pada Jumaat, mengorbankan kira-kira 107 penumpang termasuk anak kapal.
Kejadian itu disahkan sendiri oleh Datuk Bandar Wasim Akhtar, yang melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lima atau enam buah rumah musnah dalam nahas itu.
Bagaimanapun, jumlah korban keseluruhan korban yang melibatkan penghuni di kawasan perumahan itu masih belum diketahui setakat ini.
Memetik laporan portal berita CNN, pihak Lembaga Penerbangan Awam mengesahkan bahawa penerbangan itu membawa 99 penumpang dan 8 anak kapal.
Penerbangan PK8303 yang berlepas dari Lahore dan dijadualkan mendarat pada pukul 2:30 petang, waktu tempatan di Karachi dikatakan hilang dari radar.
Susulan itu, media tempatan menjelaskan bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan petugas kecemasan telah tiba di tempat kejadian.
Topic Berkaitan
#operasi
#Pakistan
#Pakistan Airlines
#penerbangan
#pesawat
#terhempas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan