awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Motosikal langgar lembu: Seorang maut, seorang cedera
13 maut, 98 cedera dalam tragedi tren tergelincir di selatan Mexico
Penduduk Pasir Linggi bina bangsal buluh sepanjang Monsun Timur Laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat pelatih TNI terhempas atas rumah penduduk, tiga terkorban

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2016
07:31 MYT
Pesawat pelatih TNI terhempas atas rumah penduduk, tiga terkorban
Menurut laporan AFP yang mengungkap kata-kata komandor pangkalan Djoko Senoputro, dua orang yang terkorban itu adalah seorang perempuan dan seorang lelaki.
Sebuah pesawat milik Tentera Nasional Indonesia (TNI) terhempas hari ini di sebuah rumah di penempatan penduduk Blimbing, dekat Malang, Jawa Timur, sekaligus mengorbankan juruterbang serta dua orang yang berada dalam rumah tersebut.
Menurut laporan AFP, komandor pangkalan,Djoko Senoputro berkata dua orang yang terkorban terdiri daripada seorang perempuan dan seorang lelaki.
Beliau berkata enjin pesawat itu masih belum dijumpai lagi.
"Selepas melakukan ujian penerbangan selama kira-kira 45 minit, kami terputus hubungan dengan pesawat tidak lama selepas mereka meminta untuk membuat pendaratan.
“Kami menerima laporan daripada orang ramai bahawa pesawat itu dilihat terhempas ke sebuah rumah dan tertimbus dalam runtuhan, " kata Senoputro kepada AFP.
Seorang saksi berkata, pesawat itu terhempas dengan bunyi kuat dan mengeluarkan asap tebal bersama bau petrol yang kuat.
"Saya mengeluarkan mayat seorang lelaki dan seorang wanita telah tertimbus di bawah runtuhan rumah mereka sendiri," kata Agus, seorang penyelamat di kawasan kejadian.
Ini merupakan kali kedua, pesawat TNI dilaporkan terhempas.
Pada 20 Disember lalu, pesawat tempur TNI AU jenis T-50i Golden Eagle terhempas ketika melakukan persembahan akrobatik udara di Pameran Dirgantara di Bandara Adi Sucipto, Yogyakart.
Topic Berkaitan
#Jawa Timur
#pesawat
#Tentera Nasional Indonesia
#TNI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan