Sekurang-kurangnya tujuh anggota pasukan keselamatan Turki disahkan maut dalan nahas pesawat yang berlaku di timur negara itu pada Khamis.

Agensi berita Anadolu melaporkan, Menteri Dalam Negeri memberitahu pesawat peninjau itu terhempas di wilayah Van.

Gabenor Van, Mehmet Emin Bilmez, menyatakan kesedihan dan mengucapkan takziah kepada keluarga semua tujuh mangsa yang terkorban.

Pihak kerajaan juga sudah memulakan siasatan berhubung tragedi itu.

Pada 2018, dua juruterbang Turki meninggal dunia ketika sebuah pesawat latihan tentera terhempas semasa latihan di wilayah barat Izmir.

Provinsi Van yang terpencil dan bergunung di sempadan timur Turki dengan Iran dilanda dua runtuhan salji pada Februari yang mengorbankan 41 orang.

Pada bulan yang sama, gempa bumi berkekuatan 5.7 magnitud di Iran mencederakan puluhan penduduk di wilayah berkenaan.