awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat subsonik British Airways rekod perjalanan terpantas New York ke London

Agensi
Agensi
10/02/2020
04:33 MYT
Pesawat subsonik British Airways rekod perjalanan terpantas New York ke London
British Airways (BA) merekod sejarah apabila pesawat subsonik syarikat penerbangan itu merekod tempoh perjalanan satu jam 56 minit dari New York ke London.
British Airways (BA) melakar sejarah apabila pesawat subsonik syarikat penerbangan itu mampu mencapai tahap kelajuan maksimum mencecah 1,300 kilometer sejam (km/j) dari New York ke London, lapor 9news.com.
Pesawat model Boeing 747 itu sekali gus merekod tempoh perjalanan empat jam 56 minit.
Ia menyaksikan ketibaan pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Heathrow yang direkodkan tiba awal lebih kurang dua jam daripada jadual asal iaitu pada pukul 4.43 pagi pada Ahad dengan kelajuan 1327 km/j.
Lazimnya, waktu penerbangan dari London ke New York akan mengambil masa sekitar enam jam 13 minit.
Dalam pada itu, Flighradar24 menerusi Twitter memuat naik ciapan:
“Jika tidak silap, BA kini menjadi pesawat subsonik terpantas ke dari New York ke London lebih pantas berbanding penerbangan Norwegian,” katanya ciapan itu.
Kepantasan pesawat BA itu merekod masa satu minit awal daripada pesawar Airbus A350 milik Virgin Airline yang mendarat di Heathrow tidak lama selepas itu termasuk sebuah lagi pesawat Virgin yang tiba di lapangan terbang sama sekitar setengah jam selepas itu.
Ketiga-tiga pesawat berkenaan ‘mendahului carta’ pesawat penerbangan Norwegian sebelum ini yang merekod masa lima jam 13 minit pada Januari 2018.
Sementara itu, jurucakap BA menegaskan mereka sentiasa mengambil berat soal keselamatan mengatasi rekod kelajuan.
“Juruterbang kami yang dilatih dengan baik berjaya membawa semua penumpang dengan selamat ke London dalam tempoh masa yang cepat.
Dalam satu perkembangan lain, BA dan beberapa lagi syarikat penerbangan yang beroperasi dari dan ke United Kingdom, terjejas akibat ribut Ciara yang melanda negara itu.
Topic Berkaitan
#Airbus
#Boeing
#British Airlines
#London
#New York
#pesawat
#subsonic
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan