announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Pesawat tentera Bolivia terhempas, 6 maut

Pesawat tentera Bolivia terhempas, 6 maut
Pesawat ringan model Beechcraft Baron B-55. -Gambar fail/Flickr
LA PAZ: Sebuah pesawat tentera Bolivia terhempas pada Sabtu dan menyebabkan kematian dua anak kapal serta empat warga Sepanyol.

Ketika kejadian, mangsa dilapor sedang dipindahkan ke lokasi transit sebelum penghantaran pulang di kala negara itu dilanda wabak COVID-19.

Menurut kenyataan Tentera Udara Bolivia, kemalangan berlaku berhampiran tenggara bandar Trinidad di mana penumpang akan dibawa pula ke hab pengangkutan Santa Cruz yang lebih besar.

"Pihak berkuasa Bolivia telah menubuhkan panel untuk menyiasat nahas tersebut dan mengeluarkan laporan mengenainya dalam masa lapan hari.

"Pesawat yang terhempas itu ialah pesawat ringan, Beechcraft Baron B-55.

"Hasil penemuan awal menunjukkan pesawat itu merancang untuk kembali ke lapangan terbang di Trinidad, 12 minit selepas berlepas kerana kerosakan mesin," jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, jelas kenyataan itu, hubungan dengan pesawat berkenaan kemudian terputus.