Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Pesawat tentera Rusia bawa 91 orang terhempas di Laut Hitam, lapor Interfax

Pesawat tentera Rusia bawa 91 orang terhempas di Laut Hitam, lapor Interfax
Pesawat itu dilaporkan hilang dan terhempas di Laut Hitam, sejurus selepas meninggalkan Sochi. - Foto Google Maps
MOSCOW: Sebuah pesawat tentera milik Kementerian Pertahanan Rusia, TU-154, yang dilaporkan hilang dari radar ketika melintas ruang udara di atas Laut Hitam telah jatuh terhempas, pada Ahad, lapor agensi berita Interfax.

Pesawat itu membawa seramai 91 orang.

Sebuah pasukan mencari dan menyelamat telah menemui lokasi nahas di Laut Hitam berdekatan pesisiran Sochi.

Sementara itum agensi berita Rusia lain melaporkan, pesawat Rusia itu hilang dari radar sejurus berlepas dari Sochoi, iaitu sebuah bandar peranginan.