SEBUAH pesawat tentera terhempas pada Khamis sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang di barat Darfur, Sudan.

Difahamkan sekurang-kurangnya 18 penumpang termasuk tiga anak kapal maut dalam kejadian yang berlaku 10 kilometer dari Lapangan Terbang el-Geneina.

Memetik laporan CNN, kejadian tersebut turut mengorbankan empat kanak-kanak.

Siasatan sedang dijalankan pihak berkuasa berhubung punca pesawat Antonov 12 berkenaan terhempas.