awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Windows File Explorer dikemas kini, lebih ringan untuk carian fail
MB Perlis umum potong gaji RM3,000, Exco RM1,500
Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peserta 'terlanjur' datang, Ijtima' Dunia di Sulawesi tetap akan berlangsung?

Agensi
Agensi
18/03/2020
14:32 MYT
Peserta 'terlanjur' datang, Ijtima' Dunia di Sulawesi tetap akan berlangsung?
Perhimpunan tersebut dijangka dihadiri kira-kira 8,695 peserta dari 48 negara. - Twitter @mamilily
BIARPUN tidak mendapat kebenaran, satu perhimpunan yang digelar Ijtima’ Dunia 2020 Zon Asia didakwa tetap akan mengambil tempat di Gowa, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Khamis.
Perhimpunan tersebut dijangka dihadiri kira-kira 8,695 peserta dari 48 negara antaranya Thailand, Arab, India dan Filipina.
"Kami lebih takut kepada Tuhan. Manusia takutkan penyakit dan kematian. Tapi ada sesuatu yang lebih penting daripada tubuh, iaitu jiwa," kata penyelaras acara itu, Mustari Bahranuddin, kepada Reuters.
Pegawai wilayah, Arifuddin Saeni memaklumkan, acara itu pada awalnya diluluskan namun perkembangan terbaharu berkaitan penularan wabak COVID -19 di seluruh dunia ketika ini membuatkan pihak berkuasa meminta penganjur membatalkannya.
Laporan sebuah portal media Sulawesi menyatakan pihak penganjur masih berurusan dengan pihak gabenor bandar untuk urusan penundaan acara.
"Peserta yang sudah tiba, kita akan jaga dan pastikan mereka selamat pulang ke tempat masing-masing.
"Kita juga akan membuat pemeriksaan kesihatan bagi memastikan tahap kesihatan mereka," kata ketua wilayah Gowa, Adnan Purichta Ichsan.
Dua minggu lalu, satu acara hampir sama berlangsung di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 14,000 peserta.
Ia menjadi penyumbang kluster terbesar kes jangkitan COVID-19 di negara ini, dengan lebih 500 kes jangkitan setakat Rabu.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Ijtima Dunia 2020 Zon Asia
#koronavirus
#perhimpunan
#Sulawesi Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan