Pihak penyiasat British sedang mempertimbangkan berkemungkinan mengenakan dakwaan membunuh tanpa niat terhadap tragedi kebakaran menara Grenfell Tower yang meragut 79 nyawa dan menyebabkan ribuan yang lain kehilangan tempat tinggal pada 14 Jun lalu.
Polis London dalam satu kenyataan turut mengarahkan saki baki penduduk yang masih tinggal di kediaman mereka untuk meninggalkan bangunan 24 tingkat itu kerana ujian keselamatan mendapati bangunan itu tidak lagi selamat.
Penyiasat polis, Supt Fiona McCormack berkata pakar juga telah membuat kesimpulan, kebakaran terburuk sejak Perang Dunia Kedua di negara itu berpunca dari sebuah peti sejuk.
Selain itu, kedua-dua penebat dan jubin yang menyaluti blok menara kediaman itu juga didapati gagal melepasi pemeriksaan keselamatan.
Kebakaran yang merebak dengan pantas itu telah membangkitkan kemarahan dan tekanan orang ramai terhadap Perdana Menteri, Theresa May.
Selain kesalahan membunuh tanpa niat, polis juga akan mendakwa beberapa pihak berhubung pelanggaran peraturan dan undang-undang keselamatan bangunan.
Arahan turut dikeluarkan agar satu pemeriksaan terperinci terhadap peti sejuk berjenama Hotpoint milik syarikat Whirpool itu, namun setakat ini tiada arahan menarik balik dari pasaran dikeluarkan.
Ia merupakan model peti sejuk yang dikeluarkan sekitar 2006 hingga 2009.
Whirpool dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan itu dan melahirkan rasa sedih atas tragedi yang berlaku.
Agensi
Sat Jun 24 2017
Kebakaran yang merebak dengan pantas itu telah membangkitkan kemarahan dan tekanan orang ramai kepada Perdana Menteri, Theresa May. - REUTERS/Hannah McKay
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Wajah semua mangsa sudah dikeluarkan TLDM
HRPB maklumkan bedah siasat mungkin selesai pada Rabu.
FINAS taja caruman SKSPS bagi 4,500 penggiat seni selama setahun - Fahmi
FINAS akan menaja 4,500 penggiat seni tanah air di bawah SKSPS Perkeso dengan caruman RM23.30 bagi setiap orang, menjadikan jumlah keseluruhan tajaan bernilai RM104,850.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
[KOLUMNIS] 150 tahun Perjanjian Pangkor: Detik hitam tergadainya tanah air
Tanggal 20 Januari 1874 bukanlah suatu tarikh yang patut rakyat Malaysia rayakan tetapi sekurang-kurangnya diingati sebagai pedoman agar kedaulatan negara tidak tergadai lagi.
PRU15: Kami bukan 'produk pelancongan', kami sebahagian arkitek pembentukan Malaysia - Presiden Baba Nyonya
Sumbangan yang diberikan oleh kaum itu dalam pembentukan Malaysia juga adalah sesuatu yang turut dirakam sejarah negara ini.
Tiada persetujuan menimbang tara dalam pertikaian Malaysia dengan waris Sultan Sulu - Tommy Thomas
Ia termaktub sepertimana di bawah bidaan undang-undang oleh waris untuk mendapatkan pampasan bagi tanah Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.
Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia
Astro bersama UB40 sehingga 2013 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love.
Letak jawatan: Sajid Javid ganti Matt Hancock
Johnson berkata, Hancock sepatutnya meninggalkan pejabat dalam keadaan berbangga dengan pencapaiannya selama ini, bukan hanya dalam menangani wabak, malah sebelum COVID-19 menyerang.
Malaysia, UK lancar buku panduan mengenai bandar raya pintar
Malaysia dan UK bersama melancarkan buku panduan bertajuk "Smart City Handbook: Malaysia" bagi memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam aspek pembangunan bandar raya pintar.
Jaguar menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025
Syarikat berkenaan ingin memberi penekanan kepada kelestarian kereta elektrik terhadap dua jenama keluarannya itu.
COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.
Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru.