awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas barisan hadapan Filipina hampir putus asa, rayu perintah berkurung dikuat kuasa semula

Agensi
Agensi
01/08/2020
10:53 MYT
Petugas barisan hadapan Filipina hampir putus asa, rayu perintah berkurung dikuat kuasa semula
Dalam Asia Tenggara, Filipina merupakan negara kedua paling teruk terjejas selepas Indonesia. - Gambar REUTERS
PETUGAS perubatan di Filipina hampir berputus asa melawan penularan COVID-19 selepas negara itu terus mencatatkan peningkatan kes yang tinggi saban hari.
Portal berita Channel News Asia pada Sabtu melaporkan lebih sejuta doktor dan jururawat menegaskan negara itu kalah dalam pertempuran dengan virus tersebut dan mendesak Presiden, Rodrigo Duterte melaksanakan perintah berkurung di Manila.
Sebanyak 80 kumpulan yang mewakili 80,000 doktor dan sejuta jururawat memberi amaran mungkin berlakunya keruntuhan sistem kesihatan di Filipina sekiranya tiada kawalan ketat di ibu negara dan daerah berhampiran.
Filipina pada Sabtu merekodkan hampir 5,000 kes baharu positif COVID-19, peningkatan tertinggi pernah dicatatkan negara itu.
Kementerian kesihatan Filipina menyatakan jumlah jangkitan mencapai 98,232 kes sementara kematian kini mencecah 2,039 kes.
Dalam Asia Tenggara, Filipina merupakan negara kedua paling teruk terjejas selepas Indonesia.
“Petugas kesihatan terlalu penat merawat jumlah pesakit yang dilihat tidak berkesudahan datang ke hospital untuk menerima rawatan,” kata kumpulan itu yang diketuai Philippine College of Physicians dalam surat kepada presiden.
Pertengahan Mac lepas, Duterte melaksanakan perintah berkurung yang disifatkan antara yang paling lama dan paling ketat di dunia dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Begitpun, dalam usaha untuk memulihkan ekonomi, sekatan itu mula dilonggarkan pada Jun, membenarkan pergerakan penduduk dan pembukaan semula perniagaan.
Namun, jumlah jangkitan meningkat lima kali ganda selepas semua sekatan dilonggarkan.
BACA: Saranan Duterte supaya cuci pelitup muka guna minyak tanah, cetus kekhuatiran
Topic Berkaitan
#Asia
#barisan hadapan
#ekonomi
#Filipina
#front liners
#Hospital
#Indonesia
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#Manila
#perubatan
#petugas
#presiden
#Rodrigo Duterte
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan