Orang paling dikehendaki Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low) diarah menyerahkan kapal layar mewah, Equanimity bernilai AS$250 juta (RM991 juta) kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Kapal layar itu disita polis Indonesia atas arahan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Kapal layar itu antara aset berjumlah AS$1.5 bilion (RM5.95 bilion) yang didakwa AS diselewengkan Jho Low dan rakannya dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Hakim di Los Angeles, Dale Fischer mengarahkan pemegang hak milik kapal layar itu bagi pihak Jho Low, menyerahkannya tanpa perlu pihak AS membuat rampasan di perairan Indonesia.

Kata dua juga diberi oleh Fischer, sama ada mematuhi arahan atau dikenakan tindakan.