INTERNATIONAL
Pilihan raya Thailand: Kakak Raja Thai jadi calon PM

Kertas permohonan Puteri Ubolratana sebagai calon bagi parti Thai Raksa Chart dilihat di pejabat suruhanjaya pilihan raya di Bangkok, Thailand, 8 Feb, 2019. REUTERS
Kakak kepada Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn, telah diumumkan sebagai calon perdana menteri untuk parti yang setia kepada bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, pada pilihan raya umum 24 Mac ini.
Tindakan tidak dijangka oleh Puteri Ubolratana Rajakanya Sirivadhana Varnavadi yang berusia 67 tahun itu memecah tradisi Thai di mana kerabat dirajanya tidak menyertai politik, menurut laporan Reuters pada Jumaat.
Thailand mengamalkan monarki perlembagaan sejak 1932 tetapi keluarga dirajanya mempunyai pengaruh yang besar dan mendapat sokongan jutaan rakyat.
Kakak sulung raja itu telah mendaftar sebagai calon untuk parti Thai Raksa Chart, serpihan Parti Pheu Thai yang disokong Thaksin.
Prayuth Chan-ocha, yang menjadi perdana menteri sejak mengetuai rampasan kuasa pada 2014, turut dipilih sebagai calon untuk memimpin kerajaan seterusnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami