Berita  | Dunia

PM Britain nafi raba paha wartawan 20 tahun lalu

PM Britain nafi raba paha wartawan 20 tahun lalu
Bercakap pada Persidangan parti Konservatif di Manchester, Johnson menegas tuduhan tersebut sebagai tidak berasas sama sekali. - Gambar REUTERS
MANCHESTER: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau mencabul dua wartawan wanita pada majlis makan tengah hari, 20 tahun lalu.

Bercakap pada Persidangan parti Konservatif di Manchester, Johnson menegaskan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, Johnson yang baharu memegang jawatan tersebut pada Julai lalu lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada agenda utama persidangan tersebut.

Tegasnya, rakyat mahu mendengar usaha yang dilakukan kerajaan dalam meningkatkan  taraf hidup termasuk rancangan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada 31 Oktober.

Terdahulu, Johnson terpalit kontroversi selepas dituduh melakukan serangan seksual dengan bertindak meraba paha dua wartawan wanita dalam kejadian pada tahun 1999.

Dakwaan tersebut muncul selepas Wartawan Sunday Times, Charlotte Edwardes mendakwa Johnson, yang ketika itu bertugas sebagai penyunting bertindak meletak tangan di pahanya.

Dia juga mendakwa Johnson melakukan perkara yang sama ke atas wanita lain pada majlis yang sama.

Bagaimanapun, Pejabat Johnson mengeluarkan kenyataan ringkas pada Ahad menyatakan “Dakwaan itu tidak benar.”


Tag: Britain, Perdana Menteri, cabul wanita, Kesatuan Eropah, Serangan seksual, Boris Johnson cabul



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.