Skip to main content

Dunia

PM termuda dunia tidak perlu nasihat daripada pemimpin lain - Jacinda Ardern

41576059509_TBSANNA.jpg
Perdana menteri termuda dunia, Sanna Marin tidak memerlukan nasihat daripada pemimpin dunia lain, demikian kata Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Marin, 34, mengambil alih gelaran pemimpin termuda dunia yang sebelum ini dipegang Ardern selepas beliau menjadi calon tunggal bagi jawatan Perdana Menteri baharu Finland berikutan peletakan jawatan Antti Rinne.

“Lihatlah, beliau tidak memerlukan nasihat (pemimpin lain). Ini salah satu isu apabila segelintir pihak beranggapan kerana anda muda, anda tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran.

“Saya sudah melihat beliau menjadi menteri dan sudahpun menjadi sebahagian daripada aggota kerajaan. Apa yang saya boleh katakan adalah ia dilakukan dengan baik,” katanya seperti dilapor Reuters.

Pada Selasa, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri  tertua di dunia menasihati Marin supaya bertanya kepada “orang lama” bagi mendapatkan nasihat mereka.

Sebagai antara pemimpin veteran, kata Dr Mahathir, mereka percaya kepada idealisme anak-anak muda, namun adalah penting bagi kumpulan pemimpin berkenaan untuk mengambil kira pengalaman orang-orang lama.

Marin mengambil alih pimpinan kerajaan di tengah-tengah mogok pekerja selama tiga hari yang dibimbangi mengganggu pengeluaran di beberapa kilang utama.

Advertisement

Must Watch Video