awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu 2026
Berjaya Assets lantik menantu Vincent Tan sebagai CEO baharu
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis antara suspek utama kes rogol ibu dan anak

Sinar Harian
Sinar Harian
05/10/2018
04:57 MYT
Polis antara suspek utama kes rogol ibu dan anak
Mangsa mendakwa ASI Shamsher Singh merogolnya dan ibunya, manakala suspek lain berada di luar rumah sambil bersorak menyokong perbuatan itu. -Gambar hiasan
Lapan belas individu termasuk tujuh anggota polis didakwa terlibat dalam kes rogol seorang remaja berusia 16 tahun dan ibunya selama hampir dua bulan, antara Julai dan September lalu di sebuah kampung berhampiran bandar Kalayat, India.
Berdasarkan aduan mangsa Selasa lalu, polis mendaftarkan kes terhadap kesemua suspek di bawah seksyen berkaitan yang termaktub dalam Kanun Keseksaan India (IPC) dan Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO).
Antara suspek dikenal pasti termasuk penolong sub-inspektor (ASI) Shamsher Singh, Roshan Lal dan Dhanpati, ASI Bajir Singh, ketua konstabel Randeep dan Konstabel Dilavar dan Isham Singh serta seorang ketua kampung dan bekas ketua kampung.
Menurut Penguasa Polis Kaithal, SP Astha Modi, mangsa mendakwa ASI Shamsher Singh merogolnya dan ibunya, manakala suspek lain berada di luar rumah sambil bersorak menyokong perbuatan keji itu.
Bagaimanapun, Shamsher Singh menyangkal dakwaan tersebut dengan berkata ayah mangsa bersubahat dan berpakat dengan anaknya bagi mengenakan tuduhan palsu terhadapnya dan yang lain.
Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan khas dikatakan turut akan ditubuhkan bagi menyiasat insiden terbabit. -Times of India
Topic Berkaitan
#Akta Perlindungan Kanak-kanak daripada Kesalahan Seksual
#Bajir Singh
#IPC
#Kalayat
#Kanun Keseksaan India
#Konstabel Dilavar
#POCSO
#Randeep
#Shamsher Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan