Berita  | Dunia

Polis Belgium tahan tujuh lagi suspek serangan Paris

Polis Belgium tahan tujuh lagi suspek serangan Paris
Suspek Abdeslam Salah, 26 tahun disyaki bertanggungjawab melancarkan serangan di Bataclan yang mengobankan sekurang-kurangnnya 89 orang pada hari kejadian tersebut.
PARIS: Polis Belgium menahan tujuh lagi suspek serangan di Paris, yang telah mengorbankan 129 nyawa di bandar itu.

Kesemua mereka di tahan berhampiran stesen keretapi di Ossenghem.

Siasatan lanjut terhadap suspek yang ditahan mendapati dua buah kereta yang digunakan dalam serangan di Paris Sabtu lalu, disewa di Belgium.
Dua daripada tujuh penyerang yang maut juga merupakan warga Belgium.

Dalam pada itu, pihak keselamatan Belgium turut mengeluarkan waran terhadap seorang lagi suspek serangan berdarah di Paris.

Suspek Abdeslam Salah, 26 tahun disyaki bertanggungjawab melancarkan serangan di Bataclan yang mengobankan sekurang-kurangnnya 89 orang pada hari kejadian tersebut.

Serangan dilancarkan bersama dua lagi adik beradiknya yang turut maut dalam serangan tersebut.