Polis Lubnan terpaksa melepaskan gas pemedih mata susulan tunjuk perasaan bertindak ganas selepas gagal memasuki kawasan di bangunan kerajaan negera di Beirut.

Tindakan itu bagi meleraikan tunjuk perasaan sekumpulan individu yang mahu pemimpin kerajaan itu meletakkan jawatan atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah.

Ketegangan itu ditambah dengan kejadian letupan kuat yang memusnahkan keseluruhan Pelabuhan di Beirut pada Selasa lalu sekali gus mengorbankan seramai 130 orang.

Pada Khamis, sekumpulan penduduk juga melakukan protes ketika sesi lawatan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Rata-rata rakyat Lubnan menyalahkan pemimpin negara susulan bencana itu selain menuduh tindakan rasuah dan salah guna kuasa antara punca letupan berkenaan.