Polis pada Selasa menahan seorang lelaki yang dipercayai melakukan penayangan filem lucah di layar papan iklan elektronik di Jakarta Selatan pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Metro Jaya Mochamad Iriawan berkata, lelaki itu adalah seorang pakar teknologi maklumat (IT) dan ditahan di kawasan Senopati petang semalam.
Katanya, setelah menjalankan siasatan forensik beberapa unit komputer syarikat pengiklanan PT Transito Adiman Jati, polis dapat mengesan filem lucah itu diceroboh masuk dari luar pejabat.
Siaran-siaran berita televisyen memetik Mochamad Iriawan sebagai berkata lelaki itu adalah seorang yang pakar dalam IT kerana boleh menghubungkan telefon bimbitnya dengan layar papan iklan di luar.
Beliau berkata lelaki berumur 24 tahun itu mengaku melakukan perbuatan itu dan memberi alasan ia berlaku secara tidak sengaja.
"Tetapi polis yakin dia mempunyai motif lain kerana tayangan filem lucah itu disiarkan selama lebih 10 minit ini bukanlah tidak senjaga, kalau tidak sengaja hanya beberapa saat sahaja," kata beliau.
Katanya, lelaki itu kini ditahan untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di bawah Pasal 282 Undang-Undang Hukum Pidana dan Pasal 27 Undang-undang Informasi Transaksi Elektronik yang membawa hukuman penjara tujuh tahun.
Pada kejadian Jumaat lepas, orang ramai terkejut apabila layar gergasi papan iklan elektronik di Kebayoran Lama, Jakarta Selatan menayangkan filem lucah selama lebih 10 minit.
Kejadian itu mengakibatkan berlaku kesesakan lalu lintas apabila para pengguna jalan raya berhenti kenderaan masing-masing untuk merakamkan kejadian.
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang penjaja soto di tepi jalan itu untuk memotong suis elektrik papan iklan berkenaan berjaya memadamkan tayangan filem lucah itu.
Bernama
Tue Oct 04 2016
Orang ramai yang melalui jalan raya itu sempat merakamkan aksi dalam filem lucah yang tersiar di papan iklan elektronik berkenaan. - Foto sumber YouTube
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
Polis tahan lelaki dipercayai tayang filem lucah di papan iklan elektronik
Ketua Polis Daerah Metro Jaya Mochamad Iriawan berkata, lelaki itu adalah seorang pakar IT dan ditahan di kawasan Senopati petang Selasa.