Polis di negeri Kerala menahan seorang paderi Katolik yang berpengaruh pada hari ketiga siasatan ke atasnya dijalankan.

Paderi Franco Mulakkal disiasat pihak berkuasa selepas dituduh merogol seorang biarawati.

Mangsa mendakwa dirogol sebanyak 13 kali antara 2014 dan 2016, tetapi polis berhenti menyoal siasat paderi berkenaan.

Namun, tekanan telah meningkat untuk mendesak pihak berkuasa menyiasat dakwaan tersebut.

"Pegawai penyiasat dalam kes rogol ini mendapati bahawa Mulakkal telah melakukan jenayah seksual" kata ketua polis Kottayam, Superintendent Hari Sankar kepada wartawan.

Beliau turut memberi jaminan bahawa kes berkenaan disiasat dengan betul agar keadilan dapat ditegakkan.

Mullakal sebelum ini menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai skandal menentang gereja. - NDTV