Kes pertama yang disyaki jangkitan koronavirus dikesan di Austria melibatkan seorang pramugari dari China yang dilaporkan berada di Wuhan beberapa hari lalu, lapor APTN.

Menurut pihak berkuasa, wanita itu telah dimasukkan ke hospital Vienna pada petang Sabtu kerana mengalami gejala seperti selesema.

Laporan menyebut, pramugari itu tinggal di sebuah hotel di Vienna sejak 23 Januari lalu.

Doktor memberitahu, pramugari itu secara sukarela datang ke hospital kerana bimbang dirinya dijangkiti koronavirus dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, ujian influenza wanita itu didapati negatif.

Setakat ini, Perancis kekal sebagai satu-satunya negara Eropah yang mempunyai kes positif novel koronavirus (2019-nCoV). Bilangan individu yang dijangkiti sehingga kini adalah tiga orang, menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah.