awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
Kurikulum baharu prasekolah tumpu enam bidang utama - Fadhlina
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Palestin beri amaran kepada Israel dalam isu Lembah Jordan

Agensi
Agensi
26/09/2019
22:38 MYT
Presiden Palestin beri amaran kepada Israel dalam isu Lembah Jordan
Mahmoud Abbas menggunakan pentas ucapan di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2019), di New York. -Foto REUTERS
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menggunakan pentas ucapan di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA 2019), di New York dengan memberi amaran kepada Israel supaya tidak meneruskan hasrat merampas Lembah Jordan di wilayah tebing barat yang ditakluki rejim zionis.
Kata Mahmoud Abbas, jika Israel berdegil, Palestin akan menamatkan kesemua perjanjian yang ditandatangani sebelum ini.
Mahmoud Abbas merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu seminggu sebelum pilihan raya negara bahawa beliau berjanji melaksanakan kedaulatan Israel ke atas Lembah Jordan dan utara Laut Mati.
Dalam pada itu, Mahmoud Abbas turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk menegakkan tanggungjawab sekali gus menamatkan pencerobohan rejim zionis ke atas tanah Palestin.
Lebih malang, ujar Mahmoud Abbas, Amerika Syarikat yang merupakan anggota tetap majlis keselamatan dan bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan antarabangsa, melalui resolusi PBB juga menyokong pencerobohan Israel terhadap Palestin.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Lembah Jordan
#Mahmoud Abbas
#pencerobohan rejim zionis
#Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
#UNGA 2019
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan