Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Canselor Jerman Angela Merkel di sini pada Jumaat, yang antara lain membincangkan mengenai kerjasama strategik, lapor agensi berita Xinhua.
Xi berkata era sekarang penuh dengan cabaran serta risiko, unilateralisme dan fahaman perlindungan menimbulkan ancaman serius terhadap kedamaian dan kestabilan dunia.
China dan Jerman perlu mengukuhkan komunikasi strategik dan bekerjasama untuk menangani cabaran itu, katanya.
"Ini menjadi semakin penting bukan sahaja untuk China dan Jerman tetapi juga kepada dunia," ujar Xi.
Tambah Xi, kedua-dua pihak perlu saling menghormati, menjaga kepentingan teras masing-masing dan menjadi rakan strategik untuk dialog serta kerjasama bagi manfaat bersama.
Xi berkata kunjungan Merkel telah menghasilkan banyak kerjasama ekonomi dan perdagangan.
Menurutnya pasaran China cukup luas dan terus berkembang yang akan membawa lebih banyak peluang baharu ke Jerman dan seluruh dunia.
"Kerjasama industri auto adalah satu contoh terbaik yang saling menguntungkan kedua-dua negara," katanya.
China mahu memperluas kerjasama dalam bidang lain antaranya sektor kecerdasan buatan, digitalisasi dan 5G.
Sementara itu, Merkel berkata dialog dan kerjasama Jerman-China sangat luas, China adalah rakan perdagangan terbesar.
"Jerman berbesar hati untuk berkongsi pencapaian China dan bersedia meningkatkan pelaburan, memperluas bidang kerjasama dan menggalakkan pertukaran rakyat dengan rakyat dan budaya," kata Merkel.
Beliau berkata unilateralisme dan fahaman perlindungan turut memberi impak negatif kepada Jerman.
Semua pihak harus bekerjasama untuk menyelesaikan perbezaan serta pergeseran melalui dialog dan rundingan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 07 2019
Angela Merkel (kiri) dan Perdana Menteri China Li Keqiang duduk sebelum satu majlis menandatangani dokumen di Great Hall Of The People, Beijing, China, 6 Sept, 2019. REUTERS
AWANI Borneo [19/04/2024] – Perubahan iklim | Kekurangan pakar perubatan | Dipercayai dibaham buaya
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Fauzi Zin
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
#AWANIBorneo 19 April 2024
- Abang Jo ke Poland kongsi pengalaman Sarawak urus perubahan iklim
- Sabah mahu autonomi kesihatan seperti Sarawak
- Usaha cari warga emas dipercayai dibaham buaya masih buntu
#AWANInews
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.
Benarkah 5G ada ancaman radiasi untuk kesihatan manusia?
Selain sambungan lebih laju, ia juga membuka penggunaan baharu dalam IoT kerana jalur lebar yang tinggi dan kadar lengahan yang rendah.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Tiada bayaran tambahan untuk dapat akses 5G - Fahmi
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan oleh syarikat telekomunikasi kepada pengguna untuk mendapatkan akses rangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Kerajaan beri amaran kepada telco tidak kenakan caj tambahan untuk akses 5G - Fahmi
Kerajaan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap telco yang mengenakan bayaran tambahan kepada pelanggan sedia ada mereka untuk mengakses perkhidmatan 5G.
MEASAT sediakan ketersambungan internet kepada hampir 500 ribu penduduk luar bandar
MEASAT memberi tumpuan untuk memberikan ketersambungan internet kepada tiga hingga empat peratus penduduk luar bandar yang belum menikmati kemudahan itu.
Starlink beri manfaat internet kepada 500 penduduk Kampung Langsat - Fahmi
Pemasangan peranti Starlink di Kampung Langsat Ranau mampu memberi manfaat kepada 500 penduduk dengan memberikan akses kepada internet.
Liputan rangkaian 5G di Melaka capai 69 peratus - Exco
DNB yakin sasaran 89 peratus liputan rangkaian 5G menjelang pertengahan Disember ini mampu dicapai melibatkan 225 lokasi.
Kerajaan mahu syarikat tempatan menerajui pembangunan penyelesaian 5G perusahaan
Dalam membangunkan ekosistem yang teguh, perlu ada usaha bersepadu dan kerjasama rapat pihak korporat, sektor awam dan pemboleh teknologi.
Belanjawan 2024: RM60 juta bangunkan rangka kerja pengujian keselamatan siber 5G
Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Teknologi 5G, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.