Tutup

Berita  | Dunia

Program tukar sampah dengan syiling emas

Program tukar sampah dengan syiling emas
Tawaran syiling emas sebagai pertukaran untuk sampah sarap bagi memastikan kepulauan Raja Ampat yang semakin popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Indonesia itu, kekal bersih. - Gambar hiasan
JAKARTA: Pihak berkuasa Kabupaten Raja Ampat, menawarkan syiling emas sebagai pertukaran untuk sampah sarap bagi memastikan kepulauan yang semakin popular sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Indonesia itu, kekal bersih.

Memetik laporan agensi berita Antara, bersempena Festival Bahari (Maritime Commemoration) pada 19 hingga 22 Oktober ini, penduduk atau pelancong boleh menukar sampah plastik seberat 15 kilogram dengan 1 gram syiling emas.
Menurut Pengurus Lembaga Pelancong Raja Ampat, Ranny Iriani Tumundo, program pertukaran sampah dengan syiling emas itu akan diadakan di Pantai Raja Ampat bagi mendidik masyarakat setempat dan pelancong kepentingan memulihara alam sekitar.

Kepulauan Raja Ampat, yang terletak di bahagian barat Provinsi Papua Barat, terkenal dalam kalangan penyelam kerana keindahan batu karang, panorama kepulauan yang memukau, dan kini diiktiraf sebagai "syurga laut" tercantik di dunia.
Kepulauan Raja Ampat terdiri daripada empat pulau utama iaitu Pulau Waigeo, Pulau Misool, Pulau Salawati dan Pulau Batanta. - BERNAMA


Tag: syiling emas, sampah, Raja Ampat, Papua Barat, Indonesia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.