awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes berterusan di seluruh dunia

Agensi
Agensi
08/12/2017
22:36 MYT
Protes berterusan di seluruh dunia
Dunia Islam bangkit bersama rakyat Palestin menyatakan bantahan atas keputusan Trump. - Gambar Reuters
Keputusan mengejutkan yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membangkitkan reaksi berbaur emosi dan kemarahan masyarakat dunia.
Pelbagai bantahan, tunjuk perasaan serta bantahan dilaungkan di seluruh negara bagi membantah keputusan Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Di Amman beratus-ratus rakyat Palestin dan warga Jordan berarak di ibu kota Jordan itu selepas menunaikan solat jumaat.
Protes jalanan itu dibuat bagi membantah tindakan 'satu pihak' AS sekali gus dilihat sebagai pelanggaran undang-undang.
Di Baghdad pula, penyokong ulama syiah yang berpengaruh di Iraq, Muqtada Al-Sadr juga menggunakan pentas jalanan bagi menunjukkan bantahan di atas keputusan Trump itu.
Sementara di kabul ratusan umat Islam berkumpul membantah keputusan itu, dengan ulama masjid Molayi Abdul Salam Abed menyatakan bahawa keputusan Trump akan 'mewujudkan keganasan'.
Dalam pada itu di Turki, lebih 3,000 masyarakat Islam juga berkumpul menyatakan bantahan keputusan itu sejurus lepas solat jumaat di Istanbul sambil memegang bendera Palestin serta melaungkan kutukan terhadap Trump dan Israel.
Rata-rata penunjuk perasaan membawa sepanduk dan membakar bendera AS dan Israel.
Topic Berkaitan
#Baghdad
#Baitulmaqdis
#bantah
#Iraq
#Islam
#Israel
#Jordan
#keganasan
#protes
#rampas
#Syiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan