Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Protes di hadapan Kementerian Kesihatan Perancis, solidariti buat petugas hospital awam

Protes di hadapan Kementerian Kesihatan Perancis, solidariti buat petugas hospital awam
Kumpulan Attac France menyembur cat merah di hadapan bangunan Kementerian Kesihatan Perancis di Paris sebagai solidariti terhadap petugas perubatan di hospital awam yang menuntut kenaikan gaji
PARIS: Aktivis di Paris melakukan protes di depan Kementerian Kesihatan Perancis pada Sabtu sebagai solidariti kepada pekerja perubatan yang menuntut gaji lebih tinggi dan lebih ramai petugas di dalam sektor itu.

Kumpulan Attac France mengadakan flashmob di luar bangunan itu sambil memegang sepanduk "Accounts of Shame" dan pingat palsu.

Sebelum ini, Presiden Emmanuel Macron menawarkan pingat kepada petugas perubatan yang memerangi COVID-19.

Bagaimanapun petugas hospital awam menginginkan gaji yang lebih tinggi dan lebih banyak imbuhan, malah ada yang menolak pingat tersebut.
Para penunjuk perasaan juga menyembur pingat tiruan dan premis kementerian itu dengan cat merah, melambangkan darah.

Menurut penganjur, tindakan presiden menawarkan pingat bukan satu langkah yang bijak.
Sebaliknya, jasa para petugas barisan hadapan itu perlu dihargai dengan kenaikan gaji, menambah peralatan hospital awam serta membuka peluang pekerjaan lebih banyak di hospital.

Ia sebagai penghargaan buat mereka yang bertungkus lumus dan berkorban dalam memerangi COVID-19.


Tag: Paris, COVID-19, perubatan, perancis, petugas barisan hadapan, Emmanuel Macron



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.