Protes kematian lelaki kulit hitam George Floyd akibat keganasan polis di Minneapolis, Minnesota kini merebak ke 30 bandar lain.

Beberapa bandar mengisytiharkan perintah berkurung dan pasukan pengawal negara dikerah untuk meredakan keadaan.

Protes terus memuncak ketika pegawai polis yang menyebabkan kematian Floyd didakwa dengan tuduhan membunuh.

CNN melaporkan bangunan pejabatnya di Atlanta mengalami kerosakan akibat protes.

Protes bertukar ganas akibat pertempuran penunjuk perasaan dengan pihak keselamatan.

Tunjuk perasaan adalah bagi menuntut keadilan di atas kematian Floyd yang meninggal dunia pada 25 Mei lalu.

Milwaukee, Cincinnati dan Denver mengisytiharkan perintah berkurung susulan protes yang semakin memburuk.

Di Texas, penunjuk perasaan menutup lebuh raya manakala di beberapa bandar lain protes berlangsung aman.