Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

PRU Singapura: Tempoh mengundi dilanjutkan ke 10 malam

PRU Singapura: Tempoh mengundi dilanjutkan ke 10 malam
Sejumlah 2,159,000 rakyat Singapura telah mengundi setakat 5 petang dalam pilihan raya umum negara ini yang proses pengundian sepatutnya tamat pada 8 malam hari ini. - Gambar REUTERS
SINGAPURA: Disebabkan pengundi masih beratur dalam barisan panjang, tempoh mengundi pada Pilihan Raya Umum Singapura 2020 telah dilanjutkan sehingga 10 malam bagi membolehkan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka, menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD).

"Walaupun keadaan barisan di hampir semua pusat pengundian telah bertambah baik, sejumlah kecil masih membabitkan barisan panjang," katanya dalam makluman terkini hari ini.
Sejumlah 2,159,000 rakyat Singapura telah mengundi setakat 5 petang dalam pilihan raya umum negara ini yang proses pengundian sepatutnya tamat pada 8 malam hari ini.

Jumlah itu merupakan kira-kira 81 peratus daripada 2.65 juta penduduk negara ini yang layak mengundi.
Terdahulu, ELD sekali lagi memohon maaf kepada semua pengundi yang mungkin terpaksa berbaris panjang di sesetengah pusat pengundian hari ini.

"Kami secara khusus ingin memohon maaf kepada pengundi sudah berusia atas ketidakselesaan yang dialami mereka," katanya.

Setakat 4 petang, ELD berkata keadaan barisan panjang di kebanyakan pusat pengundian telah bertambah baik dengan jumlah pengundi semakin berkurangan.

"Pada ketika ini, bagi kira-kira 70 peratus daripada pusat pengundian, terdapat kurang daripada 20 pengundi sedang beratur," katanya.

Dalam usaha untuk mengatasi barisan panjang itu, selain menarik balik syarat bagi keperluan memakai sarung tangan pakai buang, ELD turut membuat satu lagi penambahbaikan iaitu menambah jumlah kaunter pendaftaran dan penyerahan kertas undi.

-- BERNAMA


Tag: undi, Singapura, pilihan raya umum, Jabatan Pilihan Raya Singapura, ELD, tempoh mengundi dilanjutkan, COVID-19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.