awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Betet dan Pulau Gundul lenyap dari muka bumi, beberapa lagi bakal tenggelam

Farhana Joni
Farhana Joni
16/01/2020
05:41 MYT
Pulau Betet dan Pulau Gundul lenyap dari muka bumi, beberapa lagi bakal tenggelam
Kedudukan dua pulau kecil di Indonesia hilang akibat kenaikan paras air laut.
Dua pulau kecil di Indonesia dilaporkan lenyap susulan kenaikan paras air laut disebabkan perubahan iklim, manakala empat pulau lain dijangka bakal mengalami nasib yang sama.
Forum Indonesia untuk Alam Sekitar (Walhi) mendakwa, Pulau Betet di Sumatera dan Pulau Gundul di Jawa, secara teknikalnya berada di bawah pentadbiran Kabupaten Banyuasin telah tenggelam dan kini masing-masing berada di bawah satu meter dan tiga meter paras laut.
"Kedua-dua pulau ini tidak mempunyai penghuni, salah satunya adalah Pulau Betet merupakan sebahagian daripada Taman Negara Berbak-Sembilang," kata Pengarah Eksekutif Walhi, Sumatera Selatan, Hairul Sobri, Selasa lalu.
Kedudukan dua pulau kecil di Indonesia yang hilang.
Kedudukan dua pulau kecil di Indonesia yang hilang.
Jelasnya, jika tiada sebarang usaha dilakukan untuk menangani kenaikan paras air laut, empat pulau lain bakal mengalami nasib yang sama seperti Pulau Betet dan Pulau Gundul, susulan paras air di kawasan-kawasan berkenaan ketika ini kurang daripada empat meter.
Empat pulau tersebut iaitu Pulau Burung, yang kini berada di paras laut; Pulau Kalong dan Pulau Salah Namo, masing-masing dua meter di atas paras laut; dan Pulau Kramat, iaitu tiga meter di atas paras laut.
Perubahan paras laut berpunca daripada perubahan iklim mengancam negara-negara kepulauan seperti Indonesia yang merebak di sekitar 17,000 pulau, melibatkan berjuta-juta orang kini tinggal di kawasan pantai rendah.
Sementara itu, Syahrul, ketua unit penduduk di Pulau Salah Namo berkata, mereka mengetahui kenaikan air akan berlaku di pulau tersebut dan beberapa penduduk telah berpindah beberapa meter dari kawasan asal.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berpindah di pulau tersebut pada 1970 untuk menjalani kehidupan lebih baik dengan menanam padi dan menjadi nelayan.
Seterusnya pada 1990, mereka mempunyai ladang yang luas di hadapan rumah masing-masing bagi membolehkan pelbagai aktiviti dilakukan.
"Tiada lagi ladang di hadapan rumah-rumah saya. Ramai yang berpindah dari kawasan asal," katanya.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Pulau Betet
#Pulau Gundul
#Pulau Salah Namo
#Pulau tenggelam
#Sumatera
#Sumatera Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan