awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Puluhan maut dalam serangan bom terhadap konvoi bas di Aleppo Syria

Agensi
Agensi
15/04/2017
15:19 MYT
Puluhan maut dalam serangan bom terhadap konvoi bas di Aleppo Syria
Media pro-kerajaan berkata letupan berlaku selepas seorang penyerang bunuh diri yang memandu sebuah kereta meletupkan dirinya di tengah-tengah konvoi bas terbabit. - Social Media Website via Reuters TV
Puluhan dilaporkan maut selepas satu letupan bom kereta meledak di tengah-tengah konvoi bas yang sedang memasuki bandar Aleppo di Syria hari ini.
Letupan turut menyebabkan usaha mengangkut keluar ribuan penduduk yang terkepung oleh pertempuran di bandar itu terhenti dan ramai yang terkandas di pinggir bandar itu.
Media pro-kerajaan berkata letupan berlaku selepas seorang penyerang bunuh diri yang memandu sebuah kereta meletupkan dirinya di tengah-tengah konvoi bas terbabit.
Sekurang-kurangnya 22 dilaporkan terbunuh.
Beberapa gambar yang tersebar memaparkan mayat-mayat bergelimpangan di atas jalanraya.
Sementara pasukan pemantau dari Britain, Syrian Observatory for Human Rights berkata pihaknya menganggarkan 24 terbunuh dan puluhan yang lain cedera.
Letupan berlaku di kawasan Rashidin, ke pinggiran Aleppo.
Ketika kejadian, konvoi terbabit sedang beratur untuk melepasi kawasan yang dikuasai pemberontak menuju ke kawasan yang dikawal kerajaan Syria.
Topic Berkaitan
#Aleppo
#bom
#letupan
#Media
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan