INDUSTRI pelancongan Perancis menyaksikan peningkatan selepas pembukaan semula puncak Menara Eiffel.

Lif yang membawa pengunjung ke puncak menara berketinggian 324 meter itu kini mula beroperasi pada Rabu.

Namun, hanya 250 orang saja dibenarkan berada di puncak menara pada satu-satu masa untuk menikmati pemandangan indah kota itu dari aras tinggi.

Bagaimanapun, pengoperasian semula lokasi tumpuan di Paris itu, mematuhi langkah keselamatan kesihatan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial.

Menara Eiffel sebelum ini menyaksikan pembukaan semula dua tingkat pertamanya pada 26 Jun berikutan penutupannya.

Rakyat Perancis dilaporkan antara yang memanfaatkan peluang pembukaan semula Menara Eiffel itu.